Frekuensi Baru Amateur Code Freq Simplex Ingin jadi ahli?
Pertanyaan mengenai ASTRA?  Hubungi astramalaysia@gmail.com
Email Setiausaha Kehormat zeedee04@yahoo.com
Email Bendahari Kehormat zuberh@streamyx.com
Berita ASTRA - ahli sahaja 
Stesyen Radio Amatur ASTRA dalam Daerah Kubang Pasu
EchoLink Link Status    Hompej Peribadi Ahli
Status trafik Penang Bridge secara live(gambar statik)
Keputusan peperiksaan RAE Jun 2008Terus dari laman MCMC
Majlis Sambutan Ulangtahun ASTRA ke 10
Ruangan Forum Radio Amatur ASTRA Kawasan Tengah
 

 

           

              

Selamat Datang ke Halaman Web Persatuan Radio Amator Melayu Utara Semenanjung Malaysia. Terima kasih di atas lawatan anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, cadangan atau komen untuk kemajuan  halaman web ini, sila kirimkan email kepada kami

ASTRA® mengalu-ngalukan sesiapa sahaja yang mempunyai lesen radio amator atau yang berminat dalam hobi radio amator untuk menjadi ahli. Sila penuhkan borang keahlian (sila download)  dan serahkan atau poskan beserta bayaran yang ditetapkan kepada Bendahari Kehormat ASTRA untuk tindakan selanjutnya.
Sila lihat Syarat Menjadi Ahli Astra.

 

Tujuan ASTRA

Meningkatkan pengetahuan sains dan amalan komunikasi radio amator bagi menggalakkan pertukaran maklumat sesama ahli, mengadakan latihan serta memajukan pengetahuan tentang aspek dan tujuan bidang komunikasi secara amator sebagai teknologi dan kemajuan masakini dan masa depan.

Memupuk semangat perpaduan di samping menanam tatacara hidup berdikari sambil mengenali prinsip hidup berdisplin di kalangan ahli-ahli serta menggalakkan minat orang ramai khasnya golongan remaja dalam bidang sains radio amator.

Memberi khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling dalam kerja-kerja alam luas kemasyarakatan dan perkhidmatan kebajikan, aktiviti sosial dan lain-lain aktiviti yang berfaedah dalam bidang sains radio amator serta membantu pihak yang berkuasa dalam kerja-kerja kebajikan khasnya semasa berlaku bencana alam seperti bangunan runtuh, kemalangan jalanraya, kemalangan di laut, tanah runtuh, banjir dan sebagainya. Juga bantuan komunikasi kepada agensi kerajaan seperti sekolah, institusi pengajian tinggi, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia serta lain-lain.

Menyediakan kemudahan komunikasi untuk ahli-ahli dan ahli radio amator amnya di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan menyediakan stesyen-stesyen komunikasi (repeater) di lokasi-lokasi tertentu yang sesuai dengan kemajuan teknologi komunikasi terkini, dan menepati Wawasan 2020 yang mengkehendaki orang-orang Melayu bersedia serta mampu bersaing dalam era teknologi komunikasi yang bertambah canggih di abad 21.

Merupakan satu badan yang memberi latihan tentang komunikasi serta menjalankan pemancaran dan penerimaan siaran mengikut Akta yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.

 

Net [Astra's 2 Meter Net & Malaysian 2 Meter Net]

Net Resmi (ASTRA 2 Meter Net) diadakan sekali dalam seminggu iaitu pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam, manakala Malaysian 2 Meter Net diadakan pada setiap hari Ahad, jam 9.00 pagi. Kedua-dua Net dikendalikan oleh petugas-petugas bersilihganti dan dipancarkan melalui Rangkaian Repeater ASTRA. Kawasan liputan penerimaan dan pemancaran menjangkau dari Haadyai, Thailand di utara, meliputi seluruh Semenanjung Malaysia serta Sumatera, Indonesia di barat dan Singapura di selatan. Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen mengenai Net ASTRA hendaklah dikemukakan kepada Penyelaras Net.

 

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai ASTRA boleh dikemukakan kepada: astramalaysia@gmail.com

 

Atau melalui surat kepada
Persatuan Radio Amator Melayu Utara Semenanjung Malaysia
Peti Surat 52, 11700 Gelugor
Pulau Pinang
Malaysia

 

Persatuan ini diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia menerusi
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia [Kementerian Dalam Negeri Malaysia] Mengikut Akta Pertubuhan 1966 serta Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984
- Nombor Pendaftaran: 626

 

Jika anda mempunyai sebarang komen atau cadangan untuk
memperbaiki lagi halaman web ini, sila hubungi kami

Profile Anda
Minggu Ini
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

cmclogosmall.gif (92545 bytes)

MCMC
 

MACRES

        

BAKSA

        

SIRIM

        

Malaysian
OSCAR 46

        

MMS

        

QSL Manager

        

tree4.gif (297 bytes)

DX OnLine

       

QSL Bureau: Urusan penghantaran dan penerimaan QSL Card bolehlah menggunakan ASTRA QSL Bureau. Ianya diuruskan oleh QSL Manager.

       

Makluman: Makluman mengenai ASTRA akan dihebahkan kepada ahli-ahli pada setiap minggu oleh pegawai yang bertanggung- jawab (mengikut bahagian tugas masing-masing) semasa Net ASTRA.

       

Disclaimer: The sole purpose of this listing is to provide information and entertainment as a non-profit service to Radio enthusiasts. No endorsement is given and no profit is made to or from any organization or individual for listing them here.

 
 


Terima kasih khas kepada Ahmad Kamel Kasim,Mohd Pudzi Ali yang telah banyak memberi bantuan
Copyright © 2006 AstraMalaysia. All rights reserved.
General inquiries regarding ASTRA and its programs may addressed to
astra
Comments regarding this ASTRA WWW site may addressed to
web maintainer
This WWW site launched on August 20, 1999

 

 

Last updated on: Wednesday, August 27, 2008 07:44:28 PM