Halaman Bergambar Majlis Ulangtahun ke10 ASTRA

  Jika ada terdapat gambar gambar yang dipaparkan didalam ruangan gambar majlis sambutan 10 tahun ASTRA yang mungkin tidak enak dilihat ataupun tidak ingin anda paparkan pada umum sila email astramalaysia@gmail.com dan kami akan menukar gambar tersebut secepat mungkin.
   
1 Jul 2007 Gambar sekitar gotong royong di rumah Pak Rahim 9M2RR bagi membangunkan prasarana sempena ulangtahun ASTRA ke 10 pada 1 hb Julai 2007. Rakan Rakan sekitaran Parit Buntar dan Taiping turut sama membantu bagi melancarkan proses pengubahsuaian tapak bagi acara tersebut
22 Jul 2007 Gambar sekitar gotong royong di rumah Pak Rahim 9M2RR bagi memasang batu bata bagi menyiapkan lapangan pameran sempena ulangtahun ASTRA ke 10 pada 22 hb Julai 2007.
3-5 Aug 2007 Majlis Tahlil sempena Ulangtahun ASTRA yang ke 10 yang berlansung di QTH 9M2RR di Sungai Betul Atas, Tanjung Piandang pada hari jumaat 3 hb Ogos 2007 sekitar jam 9.00 malam
3-5 Aug 2007 Upacara perasmian dan pelepasan jelajah berbasikal mengelilingi semenanjung sempena majlis ulangtahun ke 10 ASTRA yang berlangsung di QTH 9M2RR di Sungai Betul Atas Tanjung Piandang Perak pada 4 hb Ogos 2007.
3-5 Aug 2007 Majlis perasmian sambutan ulangtahun ASTRA yang ke 10 dan juga majlis pelepasan jelajah basikal seluruh semenanjung pada pagi 4 Ogos 2007 bertempat di QTH 9M2RR di Sungai Betul Atas, Tanjung Paindang Perak
3-5 Aug 2007 Majlis sambutan ulangtahun ASTRA yang ke 10 membuka ruang pameran kepada warga amatur dan juga penduduk setempat bagi memberi pendedahan awal tentang radio amatur dan pada yang sama memberi khidmat sosial melalui pemeriksaan kesihatan dari klink kerajaan yang berhampiran. Turut sama menyerikan ruang pameran ASTRA adalah dari Bomba dan Penyelamat dan juga suruhanjaya omunikasi dan Multimedia Malaysia
3-5 Aug 2007 Majlis sambutan ulangtahun ASTRA yang ke 10 turut juga disertai oleh gerai gerai yang menyediakan perbagai juadah dan makanan seperti sup komponen, gearbox dan barangan kesihatan dan juga makanan ringan disamping memberi peluang  mencuba urutan refleksologi bagi membantu melancarkan perjalanan darah.
3-5 Aug 2007 Selain dari ruang pameran yang menempatkan wakil wakil dari badan badan kerajaan ,Majlis sambutan ulangtahun ASTRA turut menyediakan acara acara permainan yang turut melibatkan ahli ahli warga amatur, penduduk tempatan dan juga anak anak yang turut sama menyerikan acara sambutan ini.
3-5 Aug 2007 Acara sambutan ulangtahun ke 10 ini agak berlainan dari program yang telah diadakan kerana penglibatan warga setempat dan juga anak anak kariah selain dari penglibatan agensi agensi kerajaan yang mengambil bahagian menjalinkan hubungan silaturrahim yang utuh bukan sahaja antara warga amatur tetapi juga bersama masyarakat. Dengan lain kata ASTRA memasyarakatkan radio amatur.
3-5 Aug 2007 Sambil kita menyambut hari ulangtahun ASTRA yang ke 10 harus difikrkan kemanakah halatuju radio amatur selama ini. Apakah hanya dengan berQSO sahaja atau sekadar bersalam salaman di pancarulang. Ia sebenarnya lebih dari itu. Ia adalah sebuah sistem bermasyarakat yang bernuansakan komunikasi dua hala yang harus lebih menjurus kepada pendidikan dan sebagai wadah penghubung sistem sosial yang mantap.
3-5 Aug 2007 Suasana tepi bendang di iringi tiupan angin sepoi bahasa seakan akan turut sama meraikan sambutan ulangtahun ASTRA yang ke 10. Apa yang telah kita pelajari sepanjang  3 hari 2 malam berada di QTH 9M2RR. Apakah inspirasi beliau turut sama kita rasakan dan sama sama kita hayati. Adakah apa yang kita hajati selama penubuhan ASTRA telah tercapai. Harus sama sama kita fikirkan. Saya dapat rasakan semangat ASTRA 1997 di sepanjang proses merangka dan seterusnya hingga sama sama kita dapat bersua muka pada hari tersebut. Syabas. 
3-5 Aug 2007 1. Sepanjang semasa majlis ulangtahun ASTRA ke 10 sedang berlansung dapat dilihat berbagai bagai ragam rakan rakan dan pengunjung dengan eksressi muka yang pelbagai. Dan semua nya terakam dalam lipatan sejarah bagi tatapan generasi yang akan datang.
3-5 Aug 2007 2. Sepanjang semasa majlis ulangtahun ASTRA ke 10 sedang berlansung dapat dilihat berbagai bagai ragam rakan rakan dan pengunjung dengan eksressi muka yang pelbagai. Dan semua nya terakam dalam lipatan sejarah bagi tatapan generasi yang akan datang.
3-5 Aug 2007 3. Sepanjang semasa majlis ulangtahun ASTRA ke 10 sedang berlansung dapat dilihat berbagai bagai ragam rakan rakan dan pengunjung dengan eksressi muka yang pelbagai. Dan semua nya terakam dalam lipatan sejarah bagi tatapan generasi yang akan datang.
     

          


Copyright © AstraMalaysia. All rights reserved.

eXTReMe Tracker