Sebagaimana yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas,sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang mana ianya membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah tv yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Sebahagian daripada pengguna radio amatur memancarkan isyarat mereka melalui satelit yang berada pada orbit ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi mendapatkan jarak pancaran yang lebih jauh dan luas semasa berkomunikasi.
Terdapat juga sebahagian yang berkomunikasi menggunakan isyarat "morse".
Pengendali Radio Amatur adalah merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai isyarat penggillan (call sign) sendiri yang mana ia merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara (Airwaves). Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia Radio Amatur walaupun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia yang masih tidak membenarkan penggunaannya sebagai sebahagian dari aktiviti sampingan.
Keseronokan di dalam menggunakan perhubungan Radio Amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sebahagian darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berkekalan . Dengan berkomunikasi melalui radio kita akan dapat mengenali budaya dan adat resam sesuatu penduduk yang mungkin sukar dicapai dengan perhubungan yang sedia ada disebabkan kurang nya infrastruktur dan tempat yang jauh dipendalaman.
Dari itu dapatlah kita simpulkan bahawa Radio Amatur adalah merupakan suatu hobi yang amat baik dan menarik bagi tujuan pendidikan dan perhubungan jarak jauh yang murah lagi efisien.
Di samping berkomunikasi kita dapat juga membantu agensi agensi kecemasan dalam memberikan khidmat komunikasi semasa bencana dan juga semasa aktiviti yang berbentuk sosial.
Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa Radio Amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti King Husin of Jordan, King Juan Carlos of Spain, Senator Barry Goldwater dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat Radio Amatur.