Sejarah Ringkas Penubuhan

            
Penubuhan sebuah persatuan baru radio amator mula dicadangkan dalam satu perjumpaan tidak resmi. Cadangan ini dikemukakan setelah beberapa cadangan yang dibuat oleh kalangan tertentu beberapa tahun sebelum itu tidak menjadi kenyataan setelah mendapat tentangan dari segelintir ham Melayu. Malah cadangan hanya tinggal cadangan, tidak ada sebarang usaha ke arah menjayakan penubuhan persatuan berkenaan.

 

Perjumpaan Pertama
Tarikh 6 Julai 1997 - Jam 4.00 Petang
Tempat No. 73, Lorong Melati 5, Taman Chengai Indah, Telok Chengai
06600 Alor Setar, Kedah
Tujuan Cadangan menubuhkan persatuan mula dibincangkan.
Yang Hadir Khalijah Husain [Kedah]
Masrani Mahlan [Kedah]
Mohd Pudzi Ali [Kedah]
Ahmad Kamel Kasim [Kedah]
Azmi Abdullah [Pulau Pinang]
Zainal Abedin Md Yacob [Pulau Pinang]
Burhanuddin Wahi [Pulau Pinang]
Amir Hassan [Pulau Pinang]
Abd Aziz Abdullah @ Sin Ja Koon [Kedah]
Md Zahir Chin [Kedah]

 

Semua yang hadir pada perjumpaan berkenaan bersetuju agar usaha ke arah menubuhkan persatuan dijalankan walaupun akan menghadapi tentangan dari pihak tertentu yang mungkin akan cuba melemahkan usaha berkenaan.

 

Perjumpaan Kedua
Tarikh 20 Julai 1997 - Jam 3.30 Petang
Tempat Lot 195, Kampung Tok Kesop, 06000 Jitra, Kedah
Tujuan Merangka perlembagaan persatuan
Yang Hadir Azmi Abdullah [Pulau Pinang]
Burhanuddin Wahi [Pulau Pinang]
Mohd Pudzi Ali [Kedah]
Zainal Abedin Md Yacob [Pulau Pinang]
Ahmad Kamel Kasim [Kedah]

 

Urusan untuk membuat jemputan ke Mesyuarat Agung Penubuhan diserahkan kepada: 9M2BA [Azmi], 9W2BB [Amir] dan  Masrani Mahlan.

 

Perjumpaan Ketiga - Mesyuarat Agung Penubuhan
PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA [ The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia ] yang merangkumi Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara ditubuhkan dengan resminya pada 2 OGOS 1997 dalam Mesyuarat Agung Penubuhannya yang dihadiri seramai 22 orang peminat Radio Amator.

 

Tarikh 2 Ogos 1997 - Jam 8.30 malam
Tempat No. 73, Lorong Melati 5, Taman Chengai Indah, Telok Chengai
06600 Alor Setar, Kedah
Yang Hadir 0001 - Ahmad Kamel Kasim [Kedah]
0002 - Mohd Pudzi Ali [Kedah]
0003 - Anuar Ahmad [Kedah]
0004 - Marzuki Saad [Kedah]
0005 - Haji Shamsuddin Teh [Kedah]
0006 - Azmi Abdullah [Pulau Pinang]
0007 - Zainal Abedin Md Yacob [Pulau Pinang]
0008 - Burhanuddin Wahi [Pulau Pinang]
0009 - Amir Hassan [Pulau Pinang]
0010 - Mat Isa Baharom [Kedah]
0011 - Masrani Mahlan [Kedah]
0012 - Faisul Aris Othman [Kedah]
0013 - Haji Abd Rahim Othman [Kedah]
0014 - Md Zahir Chin [Kedah]
0015 - Khalijah Husain [Kedah]
0016 - Abd Aziz Abdullah @ Sin Ja Koon [Kedah]
0017 - Che Zaim Bahari [Kedah]
0018 - Ishak Ahmad [Kedah]
0019 - Zulkifli Mohamad [Kedah]
0020 - Noor Azman Zakaria [Kedah]
0021 - Ayub Hassan [Kedah]
0022 - Kamaruzzaman Didok [Kedah]

 

Sebenarnya cadangan awal yang dikemukakan untuk nama persatuan ialah PERSATUAN ASTRONOMI DAN RADIO AMATOR MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA atau ringkasnya ASTRA [yang bermaksud AST = Astronomi, manakala RA = Radio Amator]. Tetapi, setelah difikirkan kepentingan masa depan orang Melayu dalam  bidang radio amator, mesyuarat menolak nama berkenaan. Akhirnya diputuskan bahawa nama yang akan digunakan ialah   PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA [The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia]. Walaupun begitu nama ASTRA terus diterima pakai.

 

Jawatankuasa Penaja - 2 Ogos 1997
Presiden [P] Marzuki b Saad
Naib Presiden 1 [P] Haji Shamsuddin b Teh
Naib Presiden 2 [P] Azmi b Abdullah
Setiausaha Kehormat [P] Ahmad Kamel b Kasim
Pen Setiausaha Kehormat [P] Zainal Abedin b Md Yacob
Bendahari Kehormat [P] Md Isa b Baharum
Ahli Jawatankuasa [P] Burhanuddin b Wahi
Masrani b Mahlan
Mohd Pudzi b Ali
Faisul Aris b Othman
Anuar b Ahmad
Amir Hassan
Juru Audit [P] Haji Abd Rahim b Othman
Md Zahir b Chin

 

Pada 6 Julai 1998, Mesyuarat Agung Tahunan ASTRA Kali Pertama diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dengan pemilihan Jawatankuasa Pengurusan 1998-1999:
Presiden - Azmi Abdullah, Naib Presiden 1 - Marzuki Saad, Naib Presiden 2 - Abd Rahim Abd Rahman, Setiausaha Kehormat - Zainal Abedin Md Yacob, Penolong Setiausaha Kehormat - Mohd Khalid Hj Mohd Yusof, Bendahari Kehormat - Burhanuddin Wahi, Ahli Jawatankuasa - Anuar Ahmad, Abdul Ssukur Haji Ahmad, Zulkifli Hashim, Haji Shamsuddin Teh dan Shafiee Omar.
QSL Manager (InWard-OutWard) - Zulkifli Hashim, Editor Buletin ASTRA - Zainal Abedin Md Yacob dan Pegawai Seranta - Marzuki Saad. Juru Audit - Mohd Nor Azlan Ujang dan Idris Hussin.

 

Tujuan Penubuhan
cpurple.gif (104 bytes) Meningkatkan pengetahuan sains dan amalan komunikasi radio amator bagi menggalakkan pertukaran maklumat di antara sesama ahli serta melindungi kepentingan bersama.
cpurple.gif (104 bytes) Mengadakan sebarang perjumpaan ahli-ahli PERSATUAN mengenai latihan dan perbincangan mengenai komunikasi radio amator serta menerbitkan buletin bulanan mengenai sains radio serta amalan yang berkenaan.
cpurple.gif (104 bytes) Memupuk semangat perpaduan di samping menanam tatacara hidup berdikari sambil mengenali prinsip hidup berdisplin di kalangan ahli-ahli PERSATUAN serta menggalakkan minat orang ramai dalam bidang sains radio amator.
cpurple.gif (104 bytes) Memberi khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling dalam kerja-kerja alam luas kemasyarakatan dan perkhidmatan kebajikan, aktiviti sosial dan lain-lain aktiviti yang berfaedah dalam bidang sains radio amator.
cpurple.gif (104 bytes) Mengadakan perhubungan kerjasama dengan lain-lain persatuan dan kelab yang sah dalam menjalankan kegiatan bersama.
cpurple.gif (104 bytes) Menyatu, menyusun dan mengembeling tenaga serta menjalankan kegiatan atau aktiviti yang tidak bercanggah dengan Undang-Undang Negara bagi mencapai matlamat PERSATUAN khasnya dalam bidang pembangunan sains radio amator untuk negara.
cpurple.gif (104 bytes) Menerima sebarang hadiah, derma, sumbangan, dan lain-lain yang diberi kepada PERSATUAN untuk kegiatan dan kemajuan PERSATUAN.
cpurple.gif (104 bytes) Mengadakan perundingan dan kerjasama dengan PIHAK KERAJAAN dalam semua perkara yang berkaitan dengan syarat-syarat perlesenan radio amator kepada ahli-ahli.
cpurple.gif (104 bytes) Memajukan pengetahuan tentang aspek-aspek dan latihan dalam bidang komunikasi secara amator sebagai teknologi dan kemajuan masakini dan masa depan.
cpurple.gif (104 bytes) Berusaha menyediakan peralatan, rumah PERSATUAN, bengkel dan segala kemudahan dengan menggunakannya dan menjaga harta tersebut untuk digunakan oleh ahli.
cpurple.gif (104 bytes) Merupakan satu badan yang memberi latihan tentang komunikasi serta menjalankan pemancaran dan penerimaan siaran mengikut Akta yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.

 

Logo
Diilham oleh Burhanuddin Wahi (9M2BW), Zainal Abedin Md Yacob (9W2ZY) dan Ahmad Kamel Kasim (9W2AX). Warna dan grafik komputer oleh Ahmad Kamel Kasim (9W2AX) dan Mohd Pudzi Ahli (SWL).

 

Makna Logo
Bingkai lambang PERSATUAN adalah berbentuk "parabola" dengan di dalamnya terdapat "antenna" dan "earth" yang melambangkan kegiatan radio amator iaitu kegiatan utama PERSATUAN. Di dalamnya terdapat perkataan ASTRA yang merupakan singkatan "The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia" dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa pengantar dalam bidang radio amator.

Warna biru melambangkan paduan antara langit, laut dan bumi yang melambangkan perpaduan. Warna Kuning bermaksud pemerintahan beraja dan padi yang merupakan hasil utama negeri-negeri kawasan utara. Warna merah melambangkan keberanian, kegigihan dan kecekalan ahli PERSATUAN menghadapi pelbagai cabaran. Warna putih melambangkan kebersihan, keikhlasan dan keluhuran PERSATUAN dalam mengembangkan bidang radio amator kepada orang Melayu.

          

Copyright © 1999-2004 Ahmad Kamel Kasim. All rights reserved.